Thursday, July 4, 2013

Wednesday, March 6, 2013

UNDANGAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -37

UNDANGAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -37

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Embak Kali ke 37 akan diadakan pada ketetapan berikut : 
  • Tarikh : 07 Mac 2013
  • Hari :Khamis
  • Masa : 2.00 petang
  • Tempat : Dewan Ilmu, SK Sungai Embak, Kuala Krai, Kelantan
2. Sehubungan dengan itu, tuan/ puan dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/ puan dalam mesyuarat ini akan membantu dalam mengemukakan usul yang bernas dalam meningkatkan pembangunan sahsiah dan akademik anak-anak kita kelak. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/ puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Monday, February 25, 2013

Program Intensif LINUS PPD Kuala Krai

Photo Gallery by QuickGallery.com
Jawatankuasa LINUS SK Sungai Embak bersama pegawai dari PPD Kuala Krai telah melancarkan satu program untuk membantu murid-murid LINUS. Program tersebut telah mendapat persetujuan daripada pihak pentadbir sepenuhnya. Objektif utama adalah untuk membantu murid-murid lemah 3M menguasai kemahiran 3M. Oleh yang demikian, 1 kelas intensif telah di adakan bermula pada hari ini 25 Februari dan akan berakhir pada 27 Februari 2013. Kelas tersebut akan diadakan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.45 tengahari. Tenaga pengajar kelas tersebut adalah terdiri daripada guru-guru yang pakar di dalam bidang pemulihan. Program ini dijayakan oleh Encik Hussin dan Puan Zulyati dari PPD Kuala Krai dan dibantu guru-guru dari sekolah ini. Semoga apa yang dirancang akan tercapai dengan jayanya. InsyaALLAH.

Saturday, February 23, 2013

Tingkatkan peranan PIBG

PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah. Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia.